Posts

Showing posts from April, 2019

Ditakdirkan Menjadi Guru

Image
                                                            DITAKDIRKAN MENJADI GURU Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Tujuan aku menulis blog ini ialah untuk menceritakan pengalaman hidupku yang ditakdirkan menjadi guru. Ketika sekolah menengah, cita-citaku ialah untuk menjadi seorang doktor. Kusangkakan impianku akan tercapai kerana telah pun menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Kedah. Namun, apakan daya kerana aku sudah pun ditakdirkan menjadi seorang guru, insan yang akan melahirkan doktor.  Pada bulan 6 tahun lepas, aku mendaftarkan diri di IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada minggu pertama, kami menjalani orientasi. Barisan Jawatan Perwakilan Pelajar (JPP) waktu tu memang garang gila. Hahahah. Dahla aku dua hari bangun lewat.. Hahaha memang kena marah teruk la.. Minggu kedua tu, kami dan start belajar. Berikut merupakan kursus yang kami ambil. Ha, lupa nak bagitau, kami ni major Bahasa Melayu. Cikgu BM lah kiranya.. Kursus yang di