Ditakdirkan Menjadi Guru

       
                                                   DITAKDIRKAN MENJADI GURU

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Tujuan aku menulis blog ini ialah untuk menceritakan pengalaman hidupku yang ditakdirkan menjadi guru. Ketika sekolah menengah, cita-citaku ialah untuk menjadi seorang doktor. Kusangkakan impianku akan tercapai kerana telah pun menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Kedah. Namun, apakan daya kerana aku sudah pun ditakdirkan menjadi seorang guru, insan yang akan melahirkan doktor. 

Pada bulan 6 tahun lepas, aku mendaftarkan diri di IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada minggu pertama, kami menjalani orientasi. Barisan Jawatan Perwakilan Pelajar (JPP) waktu tu memang garang gila. Hahahah. Dahla aku dua hari bangun lewat.. Hahaha memang kena marah teruk la.. Minggu kedua tu, kami dan start belajar. Berikut merupakan kursus yang kami ambil. Ha, lupa nak bagitau, kami ni major Bahasa Melayu. Cikgu BM lah kiranya..

Kursus yang di ambil oleh pelajar PPISMP Semester 1 tahun 1:

  1. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
  2. Kemahiran Bahasa dalam Bahasa Melayu
  3. Pengenalan Kesusateraan Melayu
  4. Cabaran dan Isu Semasa Dunia
  5. Kemahiran Belajar
  6. English For Effective Communication
  7. Kesantunan Masyarakat Malaysia
  8. Kesihatan Diri dan Kecergasan
Untuk makluman, kursus yang diambil ialah 8 dan setiap kursus mempunyai 3 kerja kursus, iaitu dua tugasan individu dan satu tugasan berkumpulan. Jadi, jumlah kerja kursus ialah 24. 

Pada mulanya, agak terkejut dengan bilangan kerja kursus. Tapi, senior cakap memang IPG banyak kerja kursus. Jadi, reda jelah. 

Di IPG kerja kursus banyak, ditambah lagi dengan program2 yang mewajibkan pelajar hadir. Jadi, masa agak suntuk. Jadi, tidur yang tak cukup tu normal. Rasanya kehidupan dekat IPT memang tak akan cukup tidur pun ketika musim assignments. Tetapi, kalau kita pandai bahagikan masa dan tidak suka bertangguh, insyaAllah sempat siapkan kerja kursus.

So far, kehidupan di IPG Kampus Bahasa Melayu ada pahit dan manisnya. Namun, sebagai manusia, kena sentiasa positive. :) 

 Related image
InsyaAllah aku akan sambung tentang aktiviti di IPG KBM pada masa akan datang. :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman di IPG Kampus Bahasa Melayu

Kehidupan Sebagai Pelajar PPISMP Semester 2

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (T) Ladang Bekoh, Tangkak, Johor (Sem 3)