Posts

Showing posts from November, 2020

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (T) Ladang Bekoh, Tangkak, Johor (Sem 3)

Image
 Pada 11 - 15 Oktober 2020 , pelajar semester 3 perlu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Kami boleh memilih sekolah sendiri. Jadi, saya telah memilih untuk menjalani PBS di rumah kawan saya, Atihra (Teiyra). Tempat ialah di Tangkak, Johor. Memandangkan semester ini semua pelajar perlu memilih sekolah mengikut opsyen pada surat tawaran, kami perlu memilih sekolah sama ada SK, SJK (C) atau SJK (T). Sebenarnya saya mendapat opsyen SK tetapi disebabkan ingin menimba pengalaman baharu dan menemani kawan, saya memilih untuk berPBS di SJK (T) Ladang Bekoh, Tangkak, Johor. Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar. Jadi, sekolah ini merupakan sekolah kurang murid. Sekolah ini juga mempunyai kelas gabung, iaitu tahun 2 bergabung dengan tahun 3 dan tahun 4 bergabung dengan tahun 4. Tahun 1 dan tahun 6 sahaja yang tidak digabungkan.  Pemandangan SJK (T) Ladang Bekoh Sepanjang menjalani PBS, kami hanya memerhati cara guru mengajar.  Murid Tahun 1 Murid Tahun 6 Murid Tahun 4 dan Tahun 5