Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (T) Ladang Bekoh, Tangkak, Johor (Sem 3)

 Pada 11 - 15 Oktober 2020 , pelajar semester 3 perlu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Kami boleh memilih sekolah sendiri. Jadi, saya telah memilih untuk menjalani PBS di rumah kawan saya, Atihra (Teiyra). Tempat ialah di Tangkak, Johor. Memandangkan semester ini semua pelajar perlu memilih sekolah mengikut opsyen pada surat tawaran, kami perlu memilih sekolah sama ada SK, SJK (C) atau SJK (T). Sebenarnya saya mendapat opsyen SK tetapi disebabkan ingin menimba pengalaman baharu dan menemani kawan, saya memilih untuk berPBS di SJK (T) Ladang Bekoh, Tangkak, Johor.

Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar. Jadi, sekolah ini merupakan sekolah kurang murid. Sekolah ini juga mempunyai kelas gabung, iaitu tahun 2 bergabung dengan tahun 3 dan tahun 4 bergabung dengan tahun 4. Tahun 1 dan tahun 6 sahaja yang tidak digabungkan. 

Pemandangan SJK (T) Ladang Bekoh


Sepanjang menjalani PBS, kami hanya memerhati cara guru mengajar. 

Murid Tahun 1

Murid Tahun 6

Murid Tahun 4 dan Tahun 5 (kelas gabung)

Sepanjang menjalani PBS, saya mendapati bahawa sekolah ini sangat bersih. Saya suka akan persekitaran sekolah ini yang sangat bersih walaupun tandas. Tambahan pula, pemandangan di sekolah sangat cantik memandangkan saya seorang suka akan persekitaran hijau-hijau dan nyaman. Nature gituu.. 

Pemandangan kaki Gunung Ledang

Persekitaran sekolah ini sangat aman. Tiada bunyi bising kenderaan mahupun pencemaran udara. Pada pendapat saya, murid dapat belajar dengan baik kerana persekitaran yang baik. Murid tidak akan berasa terganggu atau tidak selesa. Selain itu, terdapat lukisan yang dilukis oleh pelukis yang diimport dari India. Lukisannya sangat cantik dan realistik.

Lukisan oleh pelukis dari India

Selain memerhati guru mengajar, kami juga masih perlu menyiapkan tugasan kerja kursus.

Menyiapkan tugasan kerja kursus di perpustakaan sekolah

Perpustakaan sekolah ini juga mempunyai pelbagai bahan rujukan seperti buku, bahan visual, bahan audio dan lain-lain.





Guru-guru, staf-staf dan pekerja-pekerja di sini juga sangat baik dan peramah. Overall, saya sangat suka berPBS di SJK (T) Ladang Bekoh. PBS di sini memberikan pengalaman baharu dan bermakna kepada saya, iaitu saya dapat mengetahui suasana pembelajaran di kawasan luar bandar dan merasai sendiri persekitaran di sekolah kurang murid. 

Bergambar bersama Guru Besar SJK (T) Ladang Bekoh, Puan Premah

Setakat ini sahaja perkongsian saya, terima kasih.














Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di IPG Kampus Bahasa Melayu

Kehidupan Sebagai Pelajar PPISMP Semester 2