Posts

Showing posts from May, 2021

Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Seri Gedong, Sungai Petani, Kedah (semester 4) & Nasihat Buat Para Pendidik

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya melakukan PBS di SK Seri Gedong, Sungai Petani, Kedah. Sekolah ini merupakan sekolah rendah saya dahulu. Hehehe. Rasa excited pulak nak berPBS di sekolah sendiri. :) Sumber: Google Images Saya menjalankan PBS pada 14 - 18 Mac 2021. Semester 4 berbeza sedikit berbanding semester 2 dan 3 kerana PBS pada kali ini terdapat tugasan kerja kursus yang kami perlu selesaikan semasa PBS, iaitu kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan. Kami dikehendaki untuk membina ujian kemudian taksirkan kepada murid-murid. Selepas itu, kami perlu menganalisis hasil dapatan.  Membincangkan jawapan ujian dengan murid-murid Saya berasa seronok sepanjang PBS ini kerana dapat bertemu kembali dengan guru-guru yang pernah mengajar saya. Selain itu, suasana di sekolah mengembalikan memori-memori dahulu. Huhuhu. Perkara yang saya pelajari sepanjang PBS ini ialah saya melihat bahawa tugas guru-guru pada masa kini lebih banyak berbanding dahulu