Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Seri Gedong, Sungai Petani, Kedah (semester 4) & Nasihat Buat Para Pendidik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya melakukan PBS di SK Seri Gedong, Sungai Petani, Kedah. Sekolah ini merupakan sekolah rendah saya dahulu. Hehehe. Rasa excited pulak nak berPBS di sekolah sendiri. :)


Sumber: Google Images

Saya menjalankan PBS pada 14 - 18 Mac 2021. Semester 4 berbeza sedikit berbanding semester 2 dan 3 kerana PBS pada kali ini terdapat tugasan kerja kursus yang kami perlu selesaikan semasa PBS, iaitu kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan. Kami dikehendaki untuk membina ujian kemudian taksirkan kepada murid-murid. Selepas itu, kami perlu menganalisis hasil dapatan. 

Membincangkan jawapan ujian dengan murid-murid

Saya berasa seronok sepanjang PBS ini kerana dapat bertemu kembali dengan guru-guru yang pernah mengajar saya. Selain itu, suasana di sekolah mengembalikan memori-memori dahulu. Huhuhu. Perkara yang saya pelajari sepanjang PBS ini ialah saya melihat bahawa tugas guru-guru pada masa kini lebih banyak berbanding dahulu. Guru-guru di sini turut mengatakan perkara yang sama. Walaupun guru stres dengan pelbagai tugas, mereka masih lagi boleh tersenyum dan tertawa. Terdapat guru di situ memberitahu bahawa itulah cara mereka untuk hilangkan stres. Stres tidak perlu ditunjuk-tunjuk sebaliknya uruslah stres dengan sebaik mungkin. Gitteww

Sepanjang PBS, saya banyak menghabiskan waktu di bilik guru, pusat sumber dan di bilik darjah. Pada sesi akhir persekolahan, saya akan ke bilik kaunseling pula..





Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Gedong

Saya juga memerhati guru mengajar sebagai persediaan praktikum pada semester hadapan.


Antara buku yang sempat saya baca ketika berada di pusat sumber. Kisah ini berdasarkan kisah benar di mana asrama pelajar tahfiz dibakar. 



Akhir sekali, sebelum tamat PBS, saya mendapat sedikit penghargaan daripada SK Seri Gedong. Terima kasih SKSG :). Boleh dikatakan ini sekolah yang saya paling suka sepanjang menjalani PBS. Mungkin kerana ini merupakan sekolah rendah saya dahulu. 



Kesimpulannya, memandangkan sesi persekolahan diadakan semasa situasi pandemik Covid19, banyak perkara yang terbatas. Antaranya, para guru, murid, staf dan semua pihak di sekolah perlu mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan mematuhi SOP. Saya mendapati bahawa semua pihak di sekolah cakna akan perintah kerajaan. Murid-murid tidak dapat melaksanakan kerja berkumpulan dan hanya duduk di tempat masing-masing sahaja. Saya berharap agar wabak Covid19 terus hilang supaya kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. Semoga kita mendapat ibrah daripada perkara yang berlaku sepanjang pandemik Covid19 ini. 



Di sini saya ingin sertakan beberapa nasihat daripada guru-guru di sekolah sepanjang saya menjalani PBS. Semoga bermanfaat :) :

1. Walaupun kita tidak mahu/ tidak berminat untuk menjadi guru, once kita dah masuk dalam bidang ini, kita kena pupuk minat. Sebab kalau tak minat, memang susah untuk kita menjadi guru nanti.

2. Jangan cepat melatah dengan pandangan dan kata-kata orang mengenai profesion guru. Kekal tenang di dalam semua keadaan (agak sukar untuk saya praktikkan ;)).

3. Pada masa kini, kita tidak boleh memilih kerjaya berdasarkan minat. Sebaliknya rebutlah peluang yang ada di depan mata dan cuba pupuk minat kepada kerjaya tersebut dari hari ke hari.

4. Sebagai guru, kita perlu ada matlamat dan pendirian. Maka, peganglah matlamat dan pendirian tersebut dan jangan cepat terpengaruh dengan orang lain.

5. Sebagai guru, amalkanlah amalan profesionalisme keguruan kerana anak2 murid sentiasa melihat kita sebagai model/ contoh.

6. Sentiasa bersedia walau apa jua keadaan.

7. Sentiasa menuntut ilmu tidak kira ilmu apa sekalipun.

8. Sentiasa mempelajari cara-cara menguruskan murid dan mengambil hati murid. Seorang guru tidak perlu menjerit untuk mencuri perhatian murid. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Sekian, terima kasih :)






















Comments

  1. Perkongsian ilmu yang cukup bermakna disertai juga dengan nasihat-nasihat yang dapat membentuk diri seorang bakal guru untuk lebih bersedia dalam apa jua keadaan.

    Bukan sahaja memberi, guru juga harus belajar untuk menerima apa yang ada di sekelilingnya.

    Tidak mudah melatah, menelan seberapa banyak air liur yang terkumpul menunjukkan kita sebagai guru lebih tabah.

    Bagus, Arifahm

    ReplyDelete
  2. Bagusnya cikgu arifahhh.. bangga kawan zaman sekolah yang dulu gelak sama², menangis sama², susah senang sama² dan sekarang ini sudah mampu untuk mendidik anak bangsa pastinya sehingga berjaya, aamiinn.. tugas seorang guru bukanlah mudah, banyak cabaran dan dugaan.. selamat maju jaya, cikgu arifah <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aufa! Aww so sweet haahha
      Semoga hang pun berjaya di dalam bidang hang..Aamiin

      Delete
  3. My name is Nur Fatin Nabielah bt Haizan.I am studying at IPG Kuala Lipis Pahang, Malaysia. I am doing a survey for my coursework. Just now, I read your blog and I enjoyed it! Therefore, I would like to ask you about the blog. When did you start the blog and why? Can you give me some inputs on creating a good blog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, my name is Arifah Binti Azlan Shah and im studying at IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Currently, i just finished my practicum and BIG. Nice to know you..

      I started to blogging since 2018 when i was in PPISMP. At that time, i feel like i want to share my experience studying at IPG to everyone. So i just write all the things that comes in my mind.

      I think im not the right person to give you some inputs on creating a good blog. But in my personal opinion, if we want to create a good blog, we have to write somethings that can give benefits or knowledge to others. For example, by writing this blog, many people will know many things about IPG life. Thats all..Hope tht i answer your quiry :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman di IPG Kampus Bahasa Melayu

Kehidupan Sebagai Pelajar PPISMP Semester 2

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (T) Ladang Bekoh, Tangkak, Johor (Sem 3)