Posts

Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Seri Gedong, Sungai Petani, Kedah (semester 4) & Nasihat Buat Para Pendidik

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya melakukan PBS di SK Seri Gedong, Sungai Petani, Kedah. Sekolah ini merupakan sekolah rendah saya dahulu. Hehehe. Rasa excited pulak nak berPBS di sekolah sendiri. :) Sumber: Google Images Saya menjalankan PBS pada 14 - 18 Mac 2021. Semester 4 berbeza sedikit berbanding semester 2 dan 3 kerana PBS pada kali ini terdapat tugasan kerja kursus yang kami perlu selesaikan semasa PBS, iaitu kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan. Kami dikehendaki untuk membina ujian kemudian taksirkan kepada murid-murid. Selepas itu, kami perlu menganalisis hasil dapatan.  Membincangkan jawapan ujian dengan murid-murid Saya berasa seronok sepanjang PBS ini kerana dapat bertemu kembali dengan guru-guru yang pernah mengajar saya. Selain itu, suasana di sekolah mengembalikan memori-memori dahulu. Huhuhu. Perkara yang saya pelajari sepanjang PBS ini ialah saya melihat bahawa tugas guru-guru pada masa kini lebih banyak berbanding dahulu

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (T) Ladang Bekoh, Tangkak, Johor (Sem 3)

Image
 Pada 11 - 15 Oktober 2020 , pelajar semester 3 perlu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Kami boleh memilih sekolah sendiri. Jadi, saya telah memilih untuk menjalani PBS di rumah kawan saya, Atihra (Teiyra). Tempat ialah di Tangkak, Johor. Memandangkan semester ini semua pelajar perlu memilih sekolah mengikut opsyen pada surat tawaran, kami perlu memilih sekolah sama ada SK, SJK (C) atau SJK (T). Sebenarnya saya mendapat opsyen SK tetapi disebabkan ingin menimba pengalaman baharu dan menemani kawan, saya memilih untuk berPBS di SJK (T) Ladang Bekoh, Tangkak, Johor. Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar. Jadi, sekolah ini merupakan sekolah kurang murid. Sekolah ini juga mempunyai kelas gabung, iaitu tahun 2 bergabung dengan tahun 3 dan tahun 4 bergabung dengan tahun 4. Tahun 1 dan tahun 6 sahaja yang tidak digabungkan.  Pemandangan SJK (T) Ladang Bekoh Sepanjang menjalani PBS, kami hanya memerhati cara guru mengajar.  Murid Tahun 1 Murid Tahun 6 Murid Tahun 4 dan Tahun 5

Alhamdulillah dah sambung degree!

Image
Pengalaman Menjadi Pelajar PISMP Semester 1 (Sebuah Permulaan Yang Baharu) Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baiklah kali ini aku akan berkongsi pengalaman menjadi pelajar PISMP Sem 1. Alhamdulillah dah masuk degree. Perasaan? Hmm seronok dan takut?  Baiklah pertama sekali, inilah batch 00 di IPG Kampus Bahasa Melayu. Pelajar batch 00 seramai 103 orang. Nak throwback sikit zaman orientasi. Alhamdulillah orientasi kalini best. Takdak kena torture huhuhu.. Baiklah, kursus yang diambil pada PISMP Semester 1 ialah: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Linguistik Terapan Bahasa Melayu Perkembangan Kanak-Kanak Falsafah Pendidikan Malaysia English Language Proficiency Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak (Minor PSV) Pengenalan Asas Seni Visual (Minor PSV) Kursus bagi sem ini agak sikit berbanding sem sebelum ini. Pada pandangan saya, sem ini agak relax berbanding sem sebelum ini yang agak padat. Namun begitu, tugasan masih banyak ye. Huhuhuhu. In