Alhamdulillah dah sambung degree!

Pengalaman Menjadi Pelajar PISMP Semester 1 (Sebuah Permulaan Yang Baharu)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baiklah kali ini aku akan berkongsi pengalaman menjadi pelajar PISMP Sem 1. Alhamdulillah dah masuk degree. Perasaan? Hmm seronok dan takut? 

Baiklah pertama sekali, inilah batch 00 di IPG Kampus Bahasa Melayu. Pelajar batch 00 seramai 103 orang.


Nak throwback sikit zaman orientasi. Alhamdulillah orientasi kalini best. Takdak kena torture huhuhu..




Baiklah, kursus yang diambil pada PISMP Semester 1 ialah:
  1. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
  2. Linguistik Terapan Bahasa Melayu
  3. Perkembangan Kanak-Kanak
  4. Falsafah Pendidikan Malaysia
  5. English Language Proficiency
  6. Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak (Minor PSV)
  7. Pengenalan Asas Seni Visual (Minor PSV)
Kursus bagi sem ini agak sikit berbanding sem sebelum ini. Pada pandangan saya, sem ini agak relax berbanding sem sebelum ini yang agak padat. Namun begitu, tugasan masih banyak ye. Huhuhuhu. Inilah kehidupan pelajar IPG.

Tengah barai buat esaimen barangkali. Hahaha

Alhamdulillah, sem ini aku banyak menimba pengalaman baharu. Antaranya, cara berpantun. Terima kasih kepada Dr Maria selaku pensyarah kursus Fonetik dan Fonologi yang selalu mengajar dan membimbing kami.


Sem ini juga kami kehilangan seorang pensyarah yang sangat tegas, baik dan berilmu. Beliau ialah Cikgu Rafi. Cikgu Rafi terpaksa berpindah semula ke Melaka atas alasan tertentu.


Selain itu, aku juga menyertai Persatuan Silat Cekak Hanafi di sini. Kami akan berlatih pada setiap hari selasa dan rabu setiap malam. Agak penat tetapi kami berasa seronok kerana dapat mempelajari sesuatu yang baharu, iaitu cara mempertahankan diri.






IPG KBM juga telah mengajurkan i-Fest, iaitu setiap kelas dikehendaki untuk mengadakan jualan.






Ohh, lupa pula nak kenalkan beloved classmates.. Heheheh



Alhamdulillah aku dikelilingi dengan orang yang baik-baik, sporting, gila-gila. 

Hahahah, waktu ni kami tengah menemu ramah Puan Vennilla bagi menyiapkan tugasan kerja kursus. Dahla jenis buat esaimen last minute gak. Nasib Puan Venn layan kami. Terima kasih Puan Venn.



Tambahan pula, IPG KBM telah mengadakan makan malam perdana bertema Magical.







Persekitaran ruang legar menara IPGKBM pada bulan kebangsaan.



Alhamdulillah kami bertiga mendapat hamper kerana telah memenangi kuiz kemerdekaan dan pembaca paling banyak.


Akhir sekali, IPG KBM di bawah Kelab Rakan Islah (KRI) juga selalu menganjurkan program keagamaan bagi mengisi elemen kerohanian dalam setiap diri pelajar IPG. Kami telah menghadiri Masjid Wilayah Open Day di Masjid Wilayah Persekutuan. 




Rasanya, setakat ini sahaja blog kali ini. Bertemu lagi di lain perkongsian. Bye! 

Image result for quotes pinterest

Image result for quotes pinterest

Image result for quotes pinterest











Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di IPG Kampus Bahasa Melayu

Kehidupan Sebagai Pelajar PPISMP Semester 2

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (T) Ladang Bekoh, Tangkak, Johor (Sem 3)