Pengalaman di IPG Kampus Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan selamat sejahteraa!! Blog kali ini aku akan menceritakan pengalaman di IPG KBM. So far, banyak juga aktiviti di IPG KBM. 


Firstly, orang first yang aku jumpa di IPG  ini ialah Raja Annur Syifaaaaaaa. 

 First photo with Syifa.
Rasa mcm lawak pulak tgk muka sendiri. HAHAHAHA

First2 tu rasa cm.. srs arr roommate dengan senior. Tapi, lepas dah kenal, dah rapat.. Best gila roommate dengan senior. Terima kasih Kak Dina kerana selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar....

First photo with Kak Dina dekat KL Gatewall Mall. Hehe

Seingat aku lepas seminggu or dua minggu masuk IPG, kami ada sambutan Hari Raya.. So, here it is.. 

 My classmatessss.. E1 di hatiku selamanyaaa.

My best friend at IPG KBM so far. Hmm :)

Ketika ni, kami menghadiri bengkel cerpen anjuran Shahida Hassan Enterprise.

Bersama Dato' Zurinah Hassan, sasterawan negara.

Dari kanan, Pui, Kak Yusra, Atihra, Syifa and me.

Alhamdulillah, usai menghadiri bengkel ini, kami berjaya menghasilkan sebuah buku (Buku himpunan cerpen karya penulis-penulis yang menghadiri bengkel cerpen ini).






Selain itu, kami pelajar PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan) juga menyertai kumpulan usrah. Alhamdulillah seronok sangat berusrah. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama bakal-bakal guru. :)



Usrah terakhir bagi tahun 2018.

Seterusnya, aku dan beberapa rakan-rakan yang lain turut menyertai Persatuan Silat Cekak Hanafi.


 Aktiviti kayak bersama Persatuan Silat Cekak Hanafi di Universiti Malaya.



Tambahan pula, kami juga ada Hari i-Fest (lebih kurang macam hari keusahawan di sekolah2). Pada tahun lepas, kelas kami (E1) menjual cendol all the way from Perak (sedap gilaaa) dan cocktail.





Pada tahun lepas, aku dan beberapa bakal-bakal guru yang lain turut menghadiri Program Pink Point di saluran tv Al-Hijrah.



Di samping itu, IPG KBM juga turut mengadakan bulan inovasi di mana bakal-bakal guru perlu mencipta inovasi bagi memudahkan proses PdPc.



Kelas terakhir....

 Terima kasih Puan Venn belanja kami makan.. Love youuu.



Akhir sekali, annual dinnerrrrr...



Rasanya, setakat ini sahaja blog ini...



Comments

  1. Segalanya indah-indah belaka... kegembiraan yang terukir menggambarkan betapa pentingnya sesebuah memoir itu..well done, girl....keep moving forward

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha yang tidak indah itu kita jadikan pembakar semangat supaya belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. InsyaAllah.

      Delete
  2. doakan saya dapat mencapai cita cita jadi seorang guru. semoga terus berjaya aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Bagus cita-cita kamu itu. Semoga kamu dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum cikgu.. sy nak tanya..
    1. semua student IPG akan menetap di dalam kampus atau mungkin terpaksa mencari rumah sewa di luar?
    2. student IPG dibenarkan bawa kenderaan walaupun baru 1st sem? Terima kasih cikgu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      1. Pelajar IPG akan menetap di dalam IPG sehingga semester 8 di mana sampai habis belajar (saya menjawab ini bagi pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG lain saya tidak pasti).

      2. Pelajar IPG boleh membawa kenderaan ke IPG selepas memasuki PISMP (degree).

      Delete
  4. Assalamualaikum cikgu.. saya nak tanya..
    1. Setakat ni , kesemua lepasan ipg ditawarkan menjadi guru kan? Ke ada yg tak ditawarkan?
    2. Satu dorm berkongsi berapa orang?
    3. Tandas setiap bilik atau diluar bilik?

    Terima kasih cikgu sebab sudi membaca kesemua soalan-soalan saya. Semoga dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      1. Ya, kesemua lepasan IPG akan menjadi guru sekolah rendah.
      2. Terdapat 2 kolej di IPG KBM, iaitu Kolej Kediamanan Dato' Razali Ismail (KKDRI) dan Kolej Kediaman Adibah Amin (KKAA). KKDRI menempatkan pelajar lelaki dan perempuan manakala KKAA hanya menempatkan pelajar perempuan. Setahu saya di KKDRI tidak ada dorm. Semuanya bilik, satu bilik berkongsi sebanyak 2 orang. Di KKAA ada dorm dan bilik. Dorm berkongsi 4-5 orang manakala bilik berkongsi 2 orang.
      3. Tandas di luar bilik ye.

      *Untuk makluman, jawapan saya ni untuk pelajar yg akan belajar di IPG Kampus Bahasa Melayu. IPG lain saya tidak pasti ya. :)

      Delete
    2. Terima cikgu sebab saya juga bakal pelajar IPGKBM!

      Delete
    3. Wah, tahniah2.. Opsyen Bahasa Melayu kah?
      Goodluck!

      Delete
  5. Assalamualaikum cikgu! Adakah semua kawan2 cikgu yang masuk pada tahun yang sama dengan cikgu/dan juga tahun2 sebelum cikgu lepas masuk degree dan mendapat ijazah?atau ada beberapa orang kawan cikgu yang tak lepas melanjutkan pengajian mereka di ipg itu kerana gagal dalam peperiksaan?terima kasih cikgu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Setakat yang saya tahu, pelajar PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan) akan menjadi pelajar PISMP ( Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan). Jarang dengar pelajar gagal peperiksaan. Kalau gagal pun, mungkin pelajar tersebut tidak menghadiri peperiksaan atau meniru semasa peperiksaan.

      Rasanya, kalau dah masuk IPG tu.. InsyaAllah akan jadi cikgu kalau tak ada buat masalah atau tidak melanggar peraturan aka Akta 174. Huhu :)

      Delete
  6. salam..ada peluang tak utk di posting ke negeri lain ? boleh mohon tak ? bukan apa saya ni suka explore benda baru tksuka asyik terperap dkt tempat sama hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang boleh sangat posting ke negeri lain.. Heheh
      Selalunya orang nak posting ke negeri sendiri kan?

      Delete
  7. Salam cg sy nk tanye. Setiap kli habis sem mmg diwajibkan untuk bawa pulang ke barang2 atau bila habis satu thun pengajian baru diwajibkan bawa balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalakumsalam. Waktu habis belajar nanti baru bawa balik barang. Waktu sem 8 nanti.
      Selalunya waktu habis sem tu kena kosongkan bilik. IPG Kampus Bahasa Melayu ada sediakan bilik stor untuk simpan barang2 kita.

      Delete
  8. Assalam Cikgu Arifah, dimana saya boleh dapatkan senarai nama pensyarah BM di Kampus IPG ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, awak pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu ke? Saya tidak pasti pula tentang ini. Mungkin anda boleh bertanya pada Jabatan HEP. :)

      Delete
  9. Assalamualaikum cikgu saya bak tanya di ipg setiap 2 kali setahun ada bleeptest ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, setahu saya ketika PPISMP Semester satu dan semasa semester akhir nanti..

      Maaf kalau saya salah

      Delete
  10. Assalamualaikum cikgu, kat ipg, ujian segak dan bleep test dijalankan setiap sem kah?

    ReplyDelete
  11. Asalamualikum cikgu, bila dah jadi cikgu sk nanti, ada peluang tak untuk para guru siswa ni nak bertukar ke aliran smk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, setahu saya tak boleh sebab IPG ni memang khas untuk guru sekolah rendah..Mungkin anda boleh sambung pelajaran dan menjadi pensyarah di IPG :)

      Delete
  12. assalamualaikum akak. saya agak berminat di ipg. suasana di ipg macam mna? lepastu kalau nak ambil 2 course boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikusamsalam, bagi saya suasana di IPG sama saja seperti sekolah rendah kerana IPG kan melatih kita untuk menjadi guru sekolah rendah.
      Contohnya, kelas bermula pukul 7:45 setiap hari dan habis pada pukul 4:30 petang (bukan setiap hari).
      Bagi saya suasana di IPG tidak sama dengan suasana di universiti (berdasarkan saya mendengar cerita2 daripada kawan saya yang berada di IPTA/IPTS).

      Memang akan ambil 2 kos, apabila masuk degree (PISMP) nanti..Contohnya, saya major Bahasa Melayu. Saya juga mengambil minor PSV..Ha, begitu :)

      Delete
  13. Assalamualaikum akak, adakah semua pemohon yang memohon layak untuk menduduki exam ukcg ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sewaktu zaman akak dahulu ya..Tapi sekarang ni akak tak pasti sebab ada perubahan sedikit..

      Delete
  14. Assalamualaikum akak. Nak tnya, lps bljar kat ipg ni boleh smbung blajar lgi Tak utk jdi cg sek men dll?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. IPG ni bertujuan untuk melatih guru sekolah rendah. Jadi, once kita dah masuk IPG, kita akan jadi cikgu sekolah rendah. Boleh je nak sambung belajar di peringkat master atau PhD. Tapi kemungkinan kita akan jadi pensyarah di IPG dll.
      Kalau nak jadi cikgu sekolah menengah, selalunya perlu masuk UPSI, universiti awam yang lain :)

      Delete
  15. Asalamualaikum akak...boleh saya dapatkan nombor telefon jabatan Hal ehwal Pelajar ipg akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, boleh dapatkan di sini ya :)

      http://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/pengurusan-2019/jabatan-hal-ehwal-pelajar

      Delete
  16. Salam Cikgu Arifah ,adakah pelatih perlu menggunakan BSN untuk berurusan dgn pihak IPG kampus bahasa melayu?Ada mesin atm tak dalam kawasan kampus,selain itu atm bank apa yg disediakan?Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, ya memang guna BSN..Elaun akan dimasukkan ke dalam akaun BSN..Jadi, semua pelajar IPG perlu mempunyai akaun BSN..Di IPG Kampus Bahasa Melayu tak ada ATM..Jadi, perlu ke UM (kolej 12), mall terdekat (saya selalu pergi KL Gateway, Mid Valley, KL Sentral) kalau nk guna ATM..

      Delete
  17. Assalamualaikum kak.. Sy nk tny,, jadual ppismp padat ke? Macam semua sbjek kena blajar dalam sehari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Bagi akak agak padat berbanding jadual PISMP..Tapi tak pastilah waktu PdPr ni macam mana..Selalunya akan belajar dalam 2-3 subjek dalam sehari..Tak belajar semua subjek yaa :)

      Delete
  18. asalamualikum, saya nak tanya ..ada tak lepasan cikgu -cikgu ipg setelah postingdan menajar mengajar beberapa tahun kemudian bertukar bidang seperti menjadi PTD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PTD tu pegawai tadbir diplomatik ke? Kalau yang ini saya tak pasti ya..

      Delete
  19. Assalamualaikum, saya nk tanya..

    1. Di IPGKBM bilik yg share 2 org tu camne ya? boleh share pic?

    2. Paling awal boleh mandi pukul bape ? sbb tandas share kan mesti sesak

    3. ada dryer and washing machine tak kat situ ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      1. Saya dah hilang pula gambar bilik 2 orang di IPG..Bilik tu bagi saya sederhana besar dan ada balkoni ( Kolej Kediaman Adibah Amin, KKAA)..Jadi, mudah untuk kita sidai baju atau letak apa2 barang di luar. Kalau bilik berdua di Kolej Kediaman Dato Razali Ismail (KKDRI) tak ada balkoni.

      2. Mandi tu tak kisah pukul berapa..Ikut awak laa nak mandi pukul berapa..

      3. Hanya ada washing machine sahaja. Dryer tak ada yaa..

      Delete
  20. Hai assalammualaikum cikgu , saya ada beberapa soalan
    1. Lepasan diploma di msu bolehkah sambung degree di ipg ni ?
    2. Berapa tahun sepanjang berada dan belajar di ipg ?
    3. Ada apa2 syarat kelayakkan tak yang pihak ipg mahukan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      1. Lepas diploma mungkin boleh memasuki program DPLI..
      Anda boleh membuat bacaan lanjut pada laman web di bawah :) :

      https://www.moe.gov.my/warga-kpm/pegawai-perkhidmatan-pendidikan/kursus-pra-perkhidmatan

      https://myedu2u.com/apakah-maksud-kpli-dan-dpli-dalam-kerjaya-perguruan/

      Delete
  21. Assalamualaikum, lepasan diploma msu boleh mohon masuk ppismp, dikira lepasan spm jg. menggunakan result spm.
    PPISMP : Persediaan ini akan masa 1 tahun.
    PISMP : Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan , 4 tahun.
    Syarat2nya, minima 5 A ke atas, pemohon mesti mendapat A bagi bidang yang akan dipohon. Bahasa Inggeris minima B. Biasanya, jika Bahasa Inggeris C, bagi tahun 2021 ke atas, agak sukar diterima masuk kerana saingan terlalu banyak.
    Oleh itu, rajin2 belajar ya, inshaAllah boleh mohon IPG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tolong jawabkan :).. Boleh juga gunakan result SPM untuk apply program PPISMP asalkan usia tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon :)

      Delete
  22. Assalamualaikum cikgu arifah,bidang bahasa melayu hanya ada di ipgkm kl saja ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, tak semestinya. Ada juga beberapa IPG lain yang ada opsyen bahasa Melayu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kehidupan Sebagai Pelajar PPISMP Semester 2

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (T) Ladang Bekoh, Tangkak, Johor (Sem 3)