Kehidupan Sebagai Pelajar PPISMP Semester 2

Assalamualaikum, hari ini saya akan berkongsi kehidupan bergelar pelajar PPISMP Semester 2.
Setelah sekian lama, baru hari ini ingin menceritakan pengalaman menjadi PPISMP Semester 2. Alhamdulillah, kini saya sudah menjadi pelajar PISMP Semester 1.


Antara kursus yang diambil ialah:
1. Pengenalan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi
2. Morfologi Bahasa Melayu
3. Sintaksis Bahasa Melayu
4. Bahasa Melayu Kontekstual
5. Pendidikan Islam
6. Pengantar Pengajian Profesional
7. Statistik Asas
8. Wacana Penulisan

Pada pandangan saya, semester 2 PP lebih mencabar berbanding semester 1 kerana waktu dan jadual yang padat. Selain itu, kami turut terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti hari sukan dan lain-lain.



Di IPG Kampus Bahasa Melayu terdapat empat rumah sukan, iaitu Perwira (biru), Panglima (hijau), Pahlawan (merah) dan Pendekar (kuning). Alhamdulillah, rumah Pendekar berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan kawad kaki, pertandingan hiasan rumah tercantik dan pertandingan aerodance. Malangnya, Pendekar mendapat tempat ketiga secara keseluruhan setelah menjadi juara selama dua tahun berturut-turut. InsyaAllah rezeki di lain hari.




Selain itu, kami turut menyertai Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi. Pada bulan tiga yang lalu, kami menjadi sukarelawan Kejuaraan Wajadiri di Stadium Panasonic Shah Alam. Banyak ilmu baharu yang kami peroleh sepanjang menjadi sukarelawan.

Pada 26 April 2019, sepatutnya diadakan i-Fest tetapi i-Fest terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan bekalan air di kawasan Lembah Pantai. Saya dan rakan saya, Atihra atau dikenali sebagai Teiyra memasuki pertandingan badminton. Kami hanya masuk suka-suka tetapi tidak sangka pula yang pertandingan ini peringkat kebangsaan haha.. Malangnya, Teiyra mengalami kecederaan pada bahagian buku lali pada hari kejadian. Kesian Teiyra. Semoga Teiyra cepat sembuh seperti sedia kala. Rindu pula hendak berjalan bersama-sama ke UM untuk makan di Kolej 12 seperti dulu-dulu.


UMNO VS PH. Hahahah gurau sahaja.

Seterusnya, kami turut menyertai bengkel inovasi. Namun begitu, kami tidak menyertai pertandingan inovasi kerana belum jelas. InsyaAllah kami akan cuba menyertai inovasi pada tahun hadapan.



Pada bulan April yang lalu, IPG Kampus Bahasa Melayu turut menyambut Hari Guru memandangkan kami semua ialah guru pelatih. Tema pada hari tersebut ialah Kita Serupa. Serupakah kita? Haha


E1 dihatiku selamanya!


Rasanya setakat ini sahaja. Sebenarnya, banyak lagi program dan aktiviti yang dianjurkan oleh IPG KBM. IPG KBM sentiasa menganjurkan aktiviti dan semua pelajar digalakkan untuk menyertainya. Semoga IPG KBM dapat melahirkan para guru yang produktif dan berkebolehan. 

Image result for QUOTES ABOUT TEACHER PINTEREST

Image result for QUOTES ABOUT TEACHER PINTEREST

Image result for QUOTES ABOUT TEACHER PINTEREST








Comments

  1. Perkongsian yang amat bermakna...anda buat saya berasa terharu sebagai mahasiswi di IPGKBM dan juga menjadi sahabat anda dunia akhirat...in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga tali persahabatan kita kekal hingga ke jannah. Ana doakan semoga anti cepat sihat dan gembira selalu. Amin. Semoga syurga buat kita semua :)

      Delete
  2. 👍👍👍👍👍👍 keep writing..I will support you

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman di IPG Kampus Bahasa Melayu

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (T) Ladang Bekoh, Tangkak, Johor (Sem 3)